LATAR BELAKANG CEPER
Ceper atau Tudung Botol?
Permainan penutup botol ini dikenali sebagai 'Ceper'. Permainan ini amat terkenal dalam kalangan kanak-kanak dan remaja pada suatu ketika dahulu dan masih dimainkan hingga sekarang.
Permainan ini amat menyeronokan jika dimainkan bersama rakan-rakan ataupun ahli keluarga. Lebih ramai pemain, lebih seronok permainan ini dimainkan.
Kebanyakan penutup botol ini boleh diperolehi daripada botol minuman berkaca ataupun botol kicap. Permainan ini hanya memerlukan lima buah penutup botol sahaja seperti gambar di atas;
Objektif permainan ini cukup mudah, iaitu mengumpul mata sebanyak yang mungkin dan andalah pemenangnya. Tetapi, untuk bermainnya, kita memerlukan sedikit kemahiran seperti menimbang menggunakan tangan, dan menjentik penutup botol.
❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤
CARA BERMAIN CEPER
* sediakan 5 buah ceper
1. setiap pemain akan menimbang ceper (1 ceper mewakili 2 markah), bagi menentukan giliran. Pemain dengan markah tertinggi akan memulakan permainan terlebih dahulu.
2. Ceper disusun secara bertindih (menegak), kemudian diputarkan ke udara bagi memastikan ceper tersebut bertebaran seperti gambar di bawah:
3. Pemain lain akan menentukan arah ceper mana yang akan dijentik oleh kita
4. Andai kata ceper yang dijentik oleh kita tidak mengena sasaran atau tersentuh ceper yang lain, maka, giliran kita tamat dan diteruskan dengan pemain yang lain.
5. Sekiranya kita berjaya menjentik semua ceper yang diarahkan oleh pemain lain, pusingan diteruskan dengan menimbang ceper menggunakan tangan seperti gambar dibawah:

6. Permainan diteruskan sehingga terdapat pemain yang berjaya mengumpul markah penuh dengan pantas.
7. Pemain pertama yang berjaya mengumpul markah penuh dinobatkan sebagai pemenang. (markah penuh ditentukan oleh para pemain.)
Video cara bermain ceper
👇👇👇👇👇👇
JENIS JENIS
a) Ayam
Ceper yang bertindih dua selepas diputarkan ke udara dipanggil ayam. Apabila perkara ini berlaku, pemain lain akan menolong untuk memutarkannya kembali ke udara mengikut tahap putaran iaitu "sederhana(hujan), kuat(ribut) dan sangat kuat(taufan)". Tahap ini ditentukan oleh mana-mana pemain yang menyebutnya terlebih dahulu.
b) Jamban
Ceper yang bertindih tiga selepas diputarkan ke udara dipanggil jamban. Ceper disusun secara bertingkat iaitu 2 dibawah, 1 di atas. Pemain akan diberi pilihan oleh pemain lain sama ada untuk memilih jamban terbuka atau tertutup. Kemudian pemain akan menjentik ceper berdasarkan arahan pemain lain.
1. Jamban terbuka - 2 dibawah, 1 di atas tertutup, 1 lagi di atas terbuka.
2. Jamban tertutup - 2 dibawah, 1 di atas, lebihan ceper sebanyak 2 diletakkan secara bertentangan dengan "jamban".
Pagar
Berlaku apabila terdapat 4 ceper yang bertindih selepas diputarkan ke udara. 4 ceper di susun secara bertindih (melintang). Lebihan ceper sebanyak 1 diletakkan bertentangan dengan "pagar" berdasarkan jarak yang ditentukan oleh pemain lain. Kemudian ceper tersebut perlu dijentik melepasi "pagar" tersebut tanpa menyentuhnya.

c) Bunga
Berlaku apabila 5 ceper yang diputarkan ke udara bertindih antara satu sama lain. Keadaan ini jarang berlaku, tetapi mudah untuk dilakukan dengan cara memutarkannya ke udara secara perlahan dan rendah. 4 ceper di susun secara sebelah menyebelah membentuk segi empat sama dan 1 di atas. Pemain lain akan menekan ceper di atas dengan kuat agar ceper-ceper tersebut bertebaran. Kemudian pemain menjentik ceper tersebut berdasarkan arahan pemain lain seperti biasa.
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
PERATURAN
Peraturan No. 1
Permainan ini memerlukan lima penutup keluli atau ‘ceper’. Sila tekan sedikit untuk membuat penutup keluli lebih mudah untuk melob.
Peraturan No. 2
Permainan ini memerlukan lebih daripada seorang pemain untuk menjadikan permainan ini lebih mudah dan menarik.
Peraturan No. 3
Pemain menentukan putaran dengan aksi lob. Pemain yang melakukan lob caps dan mendapat jumlah caps yang banyak mendapat kelebihan untuk memulakan permainan.
Peraturan No. 4
Pemain akan memutarkan ceper untuk bermain. Pastikan setiap kepingan ceper tidak bertindih.
Peraturan No. 5
Sekiranya peruntukan menepati kriteria peraturan, permainan boleh diteruskan dengan mengambil salah satu ceper yang bertaburan.
Jika dipilih telah dibuat, pemain lain perlu memutuskan ceper mana yang harus dibalikkan.
Peraturan No. 7
Jika pemain berjaya, pemain perlu melob ceper untuk mendapatkan mata. Setiap pemain perlu mengingati matanya sendiri dan jika pemain menipu tentang matanya, matanya dianggap sifar. Biasanya, permainan ini memerlukan penyokong untuk mengingati titik mereka dari sebarang kecuaian.
Peraturan No. 8
Pemain perlu mengumpul mata mereka mengikut syarat. Kriteria timbunan yang tidak mengimbangi titik
Ayam : ceper tumpang dua
Jamban : ceper bertindih tiga
Hujan/Ribut/Taufan : bila ada orang mengganggu
SEKIAN TERIMA KASIH🙇
💓💕💖💗💙💚💛💜💝
Ulasan
Catat Ulasan